‘Tamparan Padu’ Pengasuh Buat Badan Budak 2 Tahun Berbirat

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

'Tamparan Padu' Pengasuh Buat Badan Budak 2 Tahun Berbirat
6/3/2015 11:59:47 PM

HATI ibu bapa mana yang tidak terusik dan marah apabila melihat anak kecil yang dikasihi menderita kesakitan akibat didera pengasuh.

Demikianlah perasaan seorang bapa, Noor Asrolizham Zakaria, 35 yang bertindak membuat laporan polis selepas terkejut melihat kesan lebam dan juga bekas telapak tangan di belakang badan anak perempuannya yang berusia 2 tahun yang dipercayai didera pengasuh di sebuah pusat asuhan di Jelutong, Georgetown, kelmarin.

Menurut Asrolizham, kejadian itu hanya disedari pada 6.30 petang selepas dia mengambil anaknya pulang dari rumah pengasuh.

"Ketika itu saya mahu memandikan anak dan terkejut apabila melihat belakang badannya disapu bedak.

"Ketika mahu memeriksa badannya, anak saya menangis dan enggan disentuh," katanya.

Tambahnya, selepas membersihkan kesan bedak di belakang badan anaknya dia terkejut apabila melihat kesan berbirat dan lebam teruk itu.

Budak perempuan itu kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk mendapat rawatan.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Ibrahim Abu Bakar mengesahkan menerima laporan mengenai kes penderaan tersebut.

Menurutnya, pihak polis sudah mengambil keterangan lima daripada 10 pekerja di pusat asuhan terbabit dan siasatan sedang dijalankan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "‘Tamparan Padu’ Pengasuh Buat Badan Budak 2 Tahun Berbirat"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info