Cara Mat Sabu Kritik Presiden Tak Kena Adab – PAS Selangor

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Cara Mat Sabu Kritik Presiden Tak Kena Adab – PAS Selangor
6/2/2015 6:33:25 AM

PAS Selangor menyifatkan tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengkritik Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka sebagai tidak kena pada adab.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, Abdul Hadi boleh dikritik tapi mestilah menggunakan saluran yang betul.

khairuddin

Khairuddin Othman, Setiausaha PAS Selangor.

"Cara yang diguna Mat Sabu tidak betul. Kita ada platform muktamar. Sesiapa sahaja yang tidak puas hati dengan kepimpinan boleh kritik.

"Bukan cara Pas buat kritikan secara terbuka yang tidak akan membantu menyelesaikan isu yang dibangkitkan. Ia sebaliknya akan mengeruhkan keadaan," katanya, memetik laporan Agenda Daily.

Mat Sabu sebelum ini mengkritik pimpinan Abdul Hadi serta mempertikaikan kemampuan Presiden Pas itu untuk menawan Terengganu selain menyindir tindakan Abdul Hadi yang mahu keluar daripada pakatan pembangkang.

Menurut Khairudin lagi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Jaras, kenyataan berbentuk kritikan terhadap Abdul Hadi seolah-olah menunjukkan dua pemimpin itu tidak serasi sekali gus akan memberi peluang kepada pihak ketiga mengambil kesempatan memecah belahkan hubungan kedua-dua pihak itu.

"Saya minta beliau termasuk pihak lain menghentikan segera tindakan mengkritik dan menyerang kepimpinan tertinggi secara terbuka kerana ia akan menambahkan lagi masalah.

"Harap pimpinan yang ada tidak lagi timbulkan isu ini kerana PAS dari dulu hingga kini tidak pernah mengajar ahli atau pemimpinnya membuat kritikan secara terbuka," katanya.

Dalam ceramah terbukanya sebelum ini Mat Sabu mengkritik lantang Abdul Hadi apabila mengatakan, "Pidatonya (Abdul Hadi) begitu hebat, ceramahnya, kuliahnya, Rusila (nama tempat di kawasan Parlimen Marang), kereta parking berbatu, jadi macam pekan hari bila Tok Guru Abdul Hadi beri kuliah tapi bila pilihan raya umum (tetap) tak boleh ambil Terengganu (daripada Barisan Nasional (BN))".

Pemilihan Jawantankuasa Pas Pusat 2015-2017 pada Muktamar Tahunan ke-61 di Kuala Selangor minggu hadapan dilihat bakal menentukan masa depan PAS bersama Pakatan.

– MYNEWSHUB.CC

Rakaman audio dakwa Mat Sabu mahu jatuhkan Hadi

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Cara Mat Sabu Kritik Presiden Tak Kena Adab – PAS Selangor"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info