‘Tahaluf siyasi’ PAS Bersama Pakatan Rakyat Hanya bersifat Sementara - Harun Din

 

 

Siakap Keli News

'Tahaluf siyasi' PAS Bersama Pakatan Rakyat Hanya bersifat Sementara - Harun Din
6/3/2015 4:37:00 AM



Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din hari ini di dalam muktamar PAS telah menyatakan bahawa tahaluf siyasi parti Islam itu dengan Pakatan Rakyat (PR) juga kerja sama dengan bukan Islam (DAP) hanyalah bersifat sementara.

Memetik The Malaysian Insider, Beliau mendedahkan bahawa sebelum ini pasa bersetuju untuk bertahaluf siyasi dengan PR selepas merujuk kepada Majlis Syura Ulama untuk meneliti keputusan tersebut.

Ketika itu Majlis Syura Ulama berpandangan tahaluf siyasi dengan PR adalah keperluan sementara untuk memenangkan PAS dalam piliharaya.

"Sebelum melangkah kepada tahaluf siyasi  PAS merujuk kepada Syura Ulama untuk dapat kepastian kerjasama itu mengikut syariah atau tidak.

"Syura sudah sediakan kertas kerja bertajuk 'tahaluf siyasi' dari garis panduan perspektif Islam dan diambil dengan penuh teliti daripada sistem demokrasi berparlimen dan melihat jika perlukan sokongan sebanyak mungkin untuk menang," katanya dalam ucaptama ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama di Taman Melewar, Gombak hari ini.

Semasa membuat keputusan tahaluf siyasi dengan PR, ketika itu PAS melihat kerjasama itu adalah sebagai satu strategi baru bagi PAS untuk meraih kemenangan dan juga menjadi medan dakwah untuk bukan Islam.

"Syura Ulama ambil kira dengan tanggungjawab alasan perlu tahaluf atau tidak, boleh atau tidak dan apakah nas syarak yang dipegang sebagi asas kukuh untuk tahaluf siyasi,"

"Keharusan multak adalah tidak selama-lamanya dengan itu Syura Ulama membuat keputusan tahaluf siyasi. Yang ada hendaklah mematuhi enam garis panduan iaitu mesti jadi wasilah pertahankan Islam, memperkukuhkan umat Islam dan buka ruang pelaksaaan hukum Islam (hudud).

"Mestilah difikirkan dasar Islam dapat dipertahankan, selain  hendaklah jadi ruang dan medan menyampaikan dakwah dan matlamat kemenangan islam tidak boleh menghalalkan tafaluf siyasi secara mutlak

"Dan Majlis Syura Ulama punyai kuasa buat keputusan mengenai kesinambunan tahaluf siyasi berdasarkan isu dari masa ke semasa," katanya.

Beliau menegaskan PAS sebenarnya tidak terikat dengan tahaluf siyasi PR di mana PAS tidak akan mengikut tuntutan dan arahan dari gabungan PR jika tidak berkepentingan.

"Syura Ulama mengambil maklum dan membuat penilaian dengan peristiwa silam, tahaluf siyasi bukan janji bukan ketaatan membuta tuli.

"Namun  tahaluf siyasi sebegini menjadikan kita terikat dengan perjanjian. Kita sebenarnya berada dalam tahaluf siyasi yang maslahat (isu )," katanya. - Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "‘Tahaluf siyasi’ PAS Bersama Pakatan Rakyat Hanya bersifat Sementara - Harun Din"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info