MYNEWSHUB |
Berita Online Terhangat Malaysia |
Miss Universe M'sia 2014 Didakwa Enggan Pulang Baju Pinjam
6/27/2015 2:59:36 AM
TIADA angin, tiada ribut secara tiba-tiba nama Miss Universe Malaysia 2014, Sabrina Beneett heboh diperkatakan ramai apabila didakwa tidak mempunyai attitude yang bagus.
Cerita ini timbul apabila pihak Murai.com menerima aduan daripada orang yang mahukan keadilan buat rakannya yang teraniaya dengan ratu cantik itu.
Menurut pengadu, Sabrina dikatakan meminjam dua pasang gaun malam daripada label Sposa by Rizky untuk digayakan semasa acara grand finale Miss Universe Malaysia 2015 yang berlangsung awal Mei lalu.
Bagaimanapun, semenjak berakhirnya majlis itu hingga hari ini, kelibat gadis 24 tahun itu langsung tidak kelihat dan dua gaun itu masih belum dikembali kepada pihak Sposa by Rizky.
Peliknya, wakil Sposa by Rizky juga turut cuba menghubungi Sabrina beberapa kali namun tidak menerima sebarang jawapan mahupun respon daripada jelitawan itu.
Hal itu sekali gus membuatkan si pengadu berasa geram dan tidak puas hati terhadap Sabrina yang tidak melambangkan gelaran yang dipegang.
Sepatutnya Sabrina sebagai Miss Universe Malaysia 2014 perlulah menunjukkan nilai-nilai murni agar menjadi contoh yang baik kepada anak-anak muda.
Namun, kami pasti Sabrina mempunyai alasan yang kukuh mengapa dia bertindak sedemikian. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE
Komen
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Miss Universe M’sia 2014 Didakwa Enggan Pulang Baju Pinjam"