Berhabisan Lebih 4 Juta Ringgit, Lelaki Saman Agensi Cari Jodoh

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Berhabisan Lebih 4 Juta Ringgit, Lelaki Saman Agensi Cari Jodoh
6/8/2015 11:05:42 PM

CHINA – Duit habis, tetapi satu apa pun tak dapat. Marah dengan keadaan itu, seorang jutawan telah menyaman sebuah agensi cari jodoh kerana gagal menemukannya dengan wanita yang masih dara, manis dan muda untuk dijadikan isteri selepas berhabis hampir RM4.2 juta ringgit.

Lelaki yang berusia dalam 40-an itu dikenali sebagai Zhang juga tidak berpuas hati dengan lapan calon yang diatur oleh agensi berkenaan melalui pencarian di seluruh negara.

Calon-calon juga ditemuramah untuk kaunselor di tiga buah bandar selepas iklan turut dimasukkan ke dalam surat khabar dan televisyen.

jengkaut

Zhang memberi syarat mencari wanita yang manis berusia antara 20 hingga 28 tahun dengan ketinggian antara 5 kali 4 inci hingga 5 kali 8 inci.

Mengikut kontrak, syarikat itu akan mengembalikan sebahagian wang jika mereka gagal mencarikan kekasih untuknya dalam masa dua tahun.

Namun Zhang yang kecewa telah meminta semua wangnya dan telah membawa syarikat itu ke mahkamah pada 2014.

Semalam, mahkamah memutuskan syarikat itu hanya perlu memulangkan semula wang sebanyak RM700,000 sehaja.

Zhang bagaimanapun tidak berpuas hati dan akan mengemukakan rayuan di mahkamah. – Mynewshub.cc

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Berhabisan Lebih 4 Juta Ringgit, Lelaki Saman Agensi Cari Jodoh"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info