Ranking Empat Universiti Awam Tempatan Naik Tahun Ini

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Ranking Empat Universiti Awam Tempatan Naik Tahun Ini
6/29/2015 4:25:45 AM

KUALA LUMPUR – Kedudukan empat universiti awam tempatan berada pada tahap lebih baik tahun ini, berdasarkan ranking terbaru dikeluarkan QS World University Ranking (Asia) 2015, persidangan Dewan Negara diberitahu Isnin.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching berkata universiti itu ialah Universiti Malaya (UM) yang berada di tangga ke-29 berbanding 32 pada tahun lepas, diikuti Universiti Sains Malaysia (USM) di tangga ke-49 berbanding ke-57 sebelum ini.

Beliau berkata, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) naik ke tangga ke-61 berbanding 66 tahun lepas manakala Universiti Putra Malaysia (UPM) di kedudukan ke-66 berbanding 76 tahun lepas.

"Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi Pengajian Tinggi, pelbagai usaha dilaksanakan bagi meningkatkan ranking dan hingga kini pencapaian universiti awam dalam ranking dunia menunjukkan peningkatan berterusan," katanya semasa menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) bagi Kementerian Pendidikan pada persidangan Dewan Negara.

Beliau berkata, pelbagai usaha dilakukan kerajaan termasuk menjadikan institut pengajian tinggi (IPT) di negara yang mempunyai pemetaan sosio-ekonomi dan sosio-budaya yang hampir sama, sebagai penanda aras.

Yap berkata selain itu usaha untuk memantapkan aktiviti penyelidikan, penerbitan, pembangunan pelajar serta jaringan industri di universiti turut dilaksanakan.

Katanya, pada masa ini universiti awam masih diberi geran peruntukan oleh kerajaan setiap tahun dan kementerian sentiasa memantau prestasi perbelanjaan universiti.

Beliau berkata, kementerian misalnya, telah menyediakan dana khas kepada UM berdasarkan kebolehan serta kepakaran universiti itu bagi membiayai projek yang akan menghasilkan lebih banyak penerbitan dan penyelidikan.

Menurut beliau dana yang diberi itu bertujuan meningkatkan penyelidikan berimpak tinggi yang secara langsung memberi kesan kepada peningkatan ranking universiti awam di negara ini.

Sementara itu, katanya, menerusi enam lonjakan PPPM, universiti awam telah diberi status autonomi untuk mentadbir urus universiti mereka dan beroperasi secara bebas dengan kawal sedia kerajaan yang minimum.

Bagaimanapun, katanya autonomi tersebut perlu diimbangi dengan keupayaan dalaman yang tepat dan mekanisme kebertanggungjawaban yang sewajarnya. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Ranking Empat Universiti Awam Tempatan Naik Tahun Ini"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info