PM lancar dua inisiatif bantu PKS Cina

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

PM lancar dua inisiatif bantu PKS Cina
6/5/2015 8:13:09 AM

PM lancar dua inisiatif bantu PKS Cina

NAJIB diiringi Tiong Lai (kiri) dan Ka Siong ketika melancarkan Buku Panduan Sumber Kewangan SAME padaMajlis Pelancaran SAME dan Skim Pembiayaan Usahawan PKS kaum Cina di Kuala Lumpur hari ini. – Foto Abdullah Yusof

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (SAME) dan Skim Pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kaum Cina.

SAME, sebuah unit pembangunan PKS dan mikro kredit, yang ditubuhkan pada 1 Oktober tahun lalu di bawah Jabatan Perdana Menteri, bermatlamat membantu usahawan PKS dalam semua dimensi.

Skim Pembiayaan PKS Kaum Cina yang menerima peruntukan khusus RM50 juta daripada kerajaan pula, menawarkan pinjaman daripada RM50,000 hingga RM250,000.

Najib berkata, menerusi dua program itu, perjalanan Malaysia merealisasikan ekonomi negara maju, diyakini berjaya.

"Kita mesti memastikan sektor swasta menjadi enjin pertumbuhan sepenuhnya. Bila kita bercakap mengenai sektor swasta, apa maknanya? (Ia bermakna) lebih daripada 90 peratus perniagaan dalam negara terdiri daripada PKS dan perusahaan mikro," katanya pada pelancaran dua program berkenaan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Najib berkata, peranan PKS dalam ekonomi Malaysia disasar berkembang kepada 41 peratus menjelang 2020 berbanding 35 peratus ketika ini.

Katanya, peluasan PKS akan mewujudkan peluang pekerjaan, menjana pertumbuhan selain meningkatkan eksport.

"Ini akan membolehkan ekonomi yang lebih kukuh dan berdaya tahan," katanya.

Perdana Menteri berkata pengagihan pembiayaan akan dilakukan oleh Koperasi Jayadiri Malaysia Bhd. – BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "PM lancar dua inisiatif bantu PKS Cina"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info