PKNS Sumbang RM100,000 Kepada Hospital Selayang

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

PKNS Sumbang RM100,000 Kepada Hospital Selayang
6/9/2015 1:43:52 AM

KUALA LUMPUR – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyerahkan sumbangan zakat RM100,000 kepada Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM) Hospital Selayang bagi membantu pesakit kurang berkemampuan.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim berkata, sumbangan itu bagi meringankan beban Asnaf Gharimin dalam membayar kos perubatan.

"Melalui bantuan wang zakat ini, PKNS berharap ia dapat membantu meringankan beban mereka yang tidak mampu menanggung pembayaran bil hospital atau alat sokongan perubatan dan lain-lain," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Majlis penyerahan cek disampaikan oleh Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah kepada Pengarah Hospital Selayang Dr Siti Zaleha Mohd Salleh.
Hadir sama pada majlis berkenaan Pengurus Sektor Perhubungan Perkhidmatan Pelanggan Zakat, Lebaga Zakat Selangor (LZS), Shamsuri Ashaari.

Ishak berkata, inisiatif itu juga salah satu daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) PKNS kepada institusi perubatan di Selangor menerusi pengagihan semula wang zakat PKNS.

"Sebelum ini, PKNS telah menghulurkan bantuan serupa kepada TKPM Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang di mana PKNS bekerjasama dengan LZS dalam aktiviti-aktiviti tanggungjawab sosial korporat khasnya dalam pengagihan semula wang zakat.

"Pada tahun ini sahaja, PKNS akan mengagihkan semula wang zakat bagi program CSR untuk asnaf fakir dan miskin, muallaf, fisabilillah dan gharimin,"katanya.

Beliau turut memaklumkan PKNS baru- baru ini menerima pengiktirafan Anugerah Abdul Rahman Bin Auf 2014 daripada LZS di atas pengurusan dan pengagihan semula zakat yang cekap serta bayaran zakat perniagaan yang konsisten. – Mynewshub.cc

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "PKNS Sumbang RM100,000 Kepada Hospital Selayang"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info