Meley Cyrus Berbogel Dan Peluk Babi Untuk Jadi Model Majalah

 

 

Siakap Keli News

Meley Cyrus Berbogel Dan Peluk Babi Untuk Jadi Model Majalah
6/10/2015 2:47:00 AM



Nampaknya penyanyi terkenal Hollywood sekali lagi menggemparkan dunia hiburan apabila terbaru dia telah berbogel untuk majalah Paper yang kini peminat sibuk membandingkam dia kini menjadi perbandingan dengan Kim Kardashian yang juga pernah berbogel untuk majalah berkenaan.

Dia yang tampil dengan pelbagai prop dan warna-warna dibadan dilihat agak menyerlah membuatkan gambarnya ini menjadi sensasi.

Di dalam majalah tersebut, Miley mendedahkan sesuatu yang kontroversi apabila memberitahu identitinya sebagai seorang biseksual kepada ibunya ketika berumur 14 tahun.


Menurut Miley, dia mula memberitahu ibunya semasa dia sudah terkenal dengan sitkom terkenal Hannah Montana yang disiarkan Disney Channel.

"Saya masih ingat, saya beritahunya mengenai perasaan saya terhadap perempuan sangat berbeza. Dia tanya apa maksud saya dan saya cakap saya suka perempuan sama seperti saya suka lelaki.

"Ianya sangat sukar untuk ibu saya faham dan dia tidak mahu saya dikritik dan tidak mahu saya ke neraka namun saya meminta dia untuk menerima saya seadanya," katanya yang dimuat dalam majalah tersebut.

Miley juga menyatakan dia kini menerima apa sahaja hubungan yang terbuka kecuali melibatkan haiwan. - Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Meley Cyrus Berbogel Dan Peluk Babi Untuk Jadi Model Majalah"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info