Anggota RELA Paksa Wanita Pakai Sarong Di Kaunter JPJ Dipindah Bahagian

 

 

Siakap Keli News

Anggota RELA Paksa Wanita Pakai Sarong Di Kaunter JPJ Dipindah Bahagian
6/10/2015 1:24:00 AM


KUALA LUMPUR: Anggota RELA yang mengarahkan Suzanna GL Tan memakai kain sarong ketika berurusan di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kelmarin telah dipindahkan ke bahagian lain.

Hal itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

"Dia bertindak sendirian dan bukan dengan arahan JPJ," katanya yang dipetik The Star.

Kelmarin menjadi viral di laman-laman sosial adalah luahan ketidakpuasan hati Tan apabila diminta memakai kain sarong kerana tidak memakai pakaian seperti di dalam etika berpakaian.

Abdul Aziz dalam masa sama berkata JPJ mempunya garis panduan tentang etika berpakaian yang sama dengan jabatan-jabatan yang lain namun tidak perlu sehingga tindakan drastik diambil meskipun ada yang melanggarnya. -Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Anggota RELA Paksa Wanita Pakai Sarong Di Kaunter JPJ Dipindah Bahagian"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info