PAS Sahkan Akan Kaji Semula Kerjasama Politiknya Dengan DAP

 

 

Siakap Keli News

PAS Sahkan Akan Kaji Semula Kerjasama Politiknya Dengan DAP
6/10/2015 2:22:00 AM



KUALA LUMPUR: Parti Islam SeMalaysia (PAS) hari ini telah mengesahkan akan mengkaji semula kedudukan parti Islam tersebut di dalam barisan Pakatan Rakyat.

Perkara ini disampaikan oleh Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang memberitahu bahawa perkara ini akan dipertimbangkan dalam masa terdekat bagi menentukan halatujua baru parti berkenaan.

"Jawatankuasa PAS Pusat Sesi 2015-2017 mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

"PAS akan mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan rakyat, tetapi ini tidak akan dilakukan pada mesyuarat pertama kita malam ini," katanya dalam kenyataan media.

Menurut Takiyuddin semua halatujua PAS dalam PR akan ditentukan malam ini jam 8.30 malam ini  di mana mereka akan melantik setiausaha agung, ketua penerangan, bendahari dan semua jawatan yang dilantik.

Sebelum ini dalam Muktamar PAS di Kuala Selangor, dewan Ulamak PAS telah mengusulkan cadangan supaya PAS memutuskan kerjasama politik dengan DAP selepas pemimpin parti tersebut dilihat lantang menyerang kepimpinan Hadi Awang. - Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "PAS Sahkan Akan Kaji Semula Kerjasama Politiknya Dengan DAP"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info