KPN Sendiri Arah Batalkan Dialog PM Dengan NGO

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

KPN Sendiri Arah Batalkan Dialog PM Dengan NGO
6/5/2015 8:03:05 AM

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan pembatalan serta merta program dialog PM bersama NGO 'Nothing To Hide' di PWTC tidak ada kaitan langsung dengan politik.

Sebaliknya, pembatalan tersebut katanya, dibuat kerana polis memperoleh maklumat mengenai dua kumpulan yang tidak sehaluan merancang untuk melakukan kekecohan semasa acara dialog itu berlangsung.

"Tidak perlu saya nak nyatakan secara terperinci tentang kedua-dua kumpulan itu, tetapi kita sudah mengkaji bahawa penganjur sendiri dilihat tidak boleh mengawal keadaan di tempat tersebut.

"Jadi kita telah ambil keputusan untuk membatalkannya kerana ada tanda-tanda bahawa ketenteraman awam boleh terancam," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat polis di Bukit Aman pada petang Jumaat.

Tegas beliau, keputusan itu malah dibuat pada saat-saat akhir dan ia tiada kena-mengena dengan sebarang arahan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak.

"Keputusan itu dibuat menggunakan kuasa-kuasa polis di bawah Seksyen 103 Kanun Prosedur Jenayah untuk mencegah apa-apa sebelum berlaku, di atas sebab itu saya sendiri batalkan majlis dialog itu pagi tadi," jelas beliau.

Menurut Khalid, keputusan secara drastik tersebut sebenarnya turut tidak disenangi Perdana Menteri yang dilaporkan telah bersedia bertolak dari Putrajaya untuk menghadiri program tersebut.

"Demi keselamatan saya terpaksa memaklumkan yang kita terpaksa batalkan program itu kerana kita jangka kekecohan dan ketenteraman awam akan melibatkan orang yang tidak tertentu, jadi saya batalkan," jelas beliau.

Langkah menambahkan bilangan anggota polis untuk mengawal keselamatan di kawasan tersebut katanya, tetap tidak memberi jaminan keselamatan terhadap semua pihak.

"Apabila dibatalkan, maknanya memang dibatalkan, bukan cuma kita batalkan (program) Perdana Menteri sahaja, (tapi) keseluruhan majlis itu turut dibatalkan," jelas Khalid.

Menurut beliau, setakat ini tiada keperluan untuk memanggil bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membuat sebarang siasatan. – Agensi/MYNEWSHUB

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "KPN Sendiri Arah Batalkan Dialog PM Dengan NGO"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info