Kit Siang Dakwa PAS Bunuh Riwayat Pakatan Rakyat

 

 

Siakap Keli News

Kit Siang Dakwa PAS Bunuh Riwayat Pakatan Rakyat
6/10/2015 4:27:00 AM

KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang berpandangan keputusan pemilihan PAS minggu lalu benar-benar menunjukkan realiti bahawa Pakatan Rakyat (PR) sudah musnah.
"Tiada cara untuk mengelak realiti bahawa barisan pimpinan baharu PAS pada Muktamat PAS Kali ke-61 telah membunuh PR," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kit Siang turut menyifatkan tindakan PAS sebagai mengarut dan tidak munasabah apabila memutuskan hubungan dengan DAP tetapi masih bersama di dalam PR.
Muktamar Tahunan PAS Kali ke-61 yang berlangsung pada 4,5 dan 6 Jun lalu menyaksikan golongan ulama menyapu bersih kesemua jawatan utama di dalam parti.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus kekal sebagai Presiden PAS, manakala Mohamad Sabu yang menjadi timbalannya kini diganti oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Golongan profesional yang antaranya dibarisi oleh Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa tewas dalam pencalonan masing-masing. -Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Kit Siang Dakwa PAS Bunuh Riwayat Pakatan Rakyat"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info