Kes Kanak-Kanak 5 Tahun Didera : Polis Kelantan Giat Buru Bapa Dan Ibu Tiri

 

 

Siakap Keli News

Kes Kanak-Kanak 5 Tahun Didera : Polis Kelantan Giat Buru Bapa Dan Ibu Tiri
6/28/2015 4:03:00 AM

KOTA BHARU: Susulan kes seorang kanak-kanak perempuan yang berusia lima tahun didera ibu tirinya, pihak polis kini giat mengesan pasangan suami isteri bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, pasangan yang masing-masing berusia 40 dan 25 tahun itu dipercayai melarikan diri dan bersembunyi di Thailand.
Sehubungan itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand untuk menangkap pasangan suami isteri itu.
"Kecederaan mangsa  serius dan kita jalankan siasatan di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak dan kita akan jalankan tangkapan kepada penjaga dia iaitu bapa dan ibu tirinya.
"Buat masa ini kita sedang buru mereka.  Kita pandang serius kes ini kerana kes penderaan menyebabkan kanak-kanak ini tidak seperti kanak kanak lima tahun kerana tidak bagi makan dan seluruh tubuh ada kecederaan sampai ke kepala," katanya memetik laporan Astro Awani.
Mazlan terlebih dahulu mengadakan lawatan ke atas kanak-kanak berkenaan di wad pediatrik Hospital Raja Perempuan Zainab II siang tadi.
Nur Zuliana Zaara Bt Mohd Mishabuddin berusia 5 tahun dilaporkan telah mengalami lebam dan penuh parut di badan selepas didera oleh ibu tirinya.
Kejadian disedari oleh ibu mangsa, Sana Abd Malek, 28, yang telah pergi mengambil anaknya itu di rumah bekas suaminya di Rantau Panjang.
Nur Zuliana dijaga oleh ibu tirinya selepas bapa dan ibu kandungnya berpisah sejak 2013.
Mazlan dalam pada itu memberitahu berat badan mangsa susut dipercayai tidak diberi makan, malah badannya juga dipenuhi kecederaan lama dan baru.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001. -Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Kes Kanak-Kanak 5 Tahun Didera : Polis Kelantan Giat Buru Bapa Dan Ibu Tiri"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info