Lagi Kes Skirt Pendek Dihalang Masuk Bangunan, Kini di JUPEM

 

 

Siakap Keli News

Lagi Kes Skirt Pendek Dihalang Masuk Bangunan, Kini di JUPEM
6/28/2015 1:57:00 AM


Kuala Lumpur - Isu yang membabitkan kod pemakaian dan kebenaran untuk memasuki bangunan kerajaan nampaknya masih lagi tidak putus-putus dari timbul.

Terbaru, seorang wanita mendakwa perkara yang sama berlaku kepadanya di wisma JUPEM di Jalan Semarak, disini.

Isu terbabit telah dimuat naik oleh wanita tersebut di laman Facebooknya pada 26 Jun lepas.

Menurut wanita yang menggunakan nama "Katy Chan" itu, dia hadir di JUPEM pada jam 10.35 pagi dan dilarang masuk ke bangunan terbabit oleh seorang pengawal ketika ingin mendapatkan pas pelawat.

Berikut adalah kenyataan penuh wanita berkenaan.

Saya adalah seorang peguam. Pada lebih kurang 10:35 pagi hari ini (26-06-2015), saya telah hadir di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan), Wisma JUPEM di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Tujuan saya pergi ke bangunan tersebut adalah untuk memungut sesebuah dokumen daripada Unit Pembahagian Pusaka Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terletak di tingkat 2 di bangunan tersebut berkenaan dengan hal urusan anakguam saya. Saya telah dilarang masuk ke dalam bangunan tersebut oleh seorang pengawal di pondok pengawal semasa saya ingin mendapatkan pas pelawat. Pengawal tersebut memberi komen bahawa skirt yang saya pakai adalah pendek dan bertanya saya samada saya ada bawa seluar yang boleh saya pakai. Ini adalah pakaian saya semasa saya hadir di pondok pengawal tersebut tadi. Pengawal tersebut bukan seorang RELA.


Perkongsian oleh Katy Chan itu telah dikongsi sebanyak 636 kali di Facebook. - Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Lagi Kes Skirt Pendek Dihalang Masuk Bangunan, Kini di JUPEM"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info