MYNEWSHUB |
Berita Online Terhangat Malaysia |
Kerjasama MAB, Lonjak Saham AirAsia
6/3/2015 11:28:06 PM
SAHAM AirAsia Bhd naik pada sesi awal hari ini selepas syarikat penerbangan tambang rendah itu mengumumkan ia telah memulakan perbincangan dengan Malaysia Airline Bhd (MAB) untuk kemungkinan kerjasama bagi mengurangkan kos dan pewujudan kerja antara kedua-dua syarikat penerbangan itu.
Pada pukul 9.30 pagi, kaunternya meningkat tiga sen kepada RM2.15 dengan 288,700 saham bertukar tangan.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes semalam dipetik sebagai berkata, MAB dan Khazanah Nasional Bhd kini memberi tumpuan kepada menjadikan syarikat penerbangan itu mencatatkan keuntungan.
Fernandes juga tidak menolak kemungkinan kerjasama itu akan melibatkan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) tetapi enggan menjelas lanjut kerana rundingan masih di peringkat awal. – BERNAMA
Komen
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Kerjasama MAB, Lonjak Saham AirAsia"