Kempen “1 Anjing 10 Ringgit” Dibatalakn Serta Merta Selepas Terima Tentangan Orang Ramai

 

 

Siakap Keli News

Kempen "1 Anjing 10 Ringgit" Dibatalakn Serta Merta Selepas Terima Tentangan Orang Ramai
6/3/2015 9:14:00 PM



Setelah menerima tentangan orang ramai dan kelab pencinta haiwan, Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) nampaknya terpaksa membatalkan 'Kempen 1 Anjing 10 Ringgit" yang dilancarkan mereka baru-baru ini.

Dalam kempen itu pihak MDTM berkata ia adalah salah satu cara untuk mengurangkan masalah anjing liar yang berkeliaran di daerah itu.


Melalui kempen tersebut yang dijaualkan berjalan pada 3 hingga 12 Jun, orang ramai akan diberi ganjaran sebanyak RM10 apabila mereka menyerahkan seekor anjing kepada Pejabat Daerah Tanjong Malim di Behrang, Perak.

MDTM telah memuatnaik sekeping gambar untuk kempen tersebut dan ia telah menimbulkan kemarahan segelintir pengguna internet kerana menganggap tindakan tersebut tidak berkeperimanusiaan.

Bagaimanpun ramai pengguna sebenarnya bersetuju dengan kempen tersebut kerana mereka menganggap itu adalah cara terbaik untuk mengelakkan masalah anjing liar yang sudah lama menjadi masalah di kawasan Tanjung Malim dan Slim River.

Seorang pegguna Facebook menggunakan nama Mencari Keberkatan, dia menyokong kempen ini kerana anjing liar begitu banyak di kawasan Tanjung Malim dan sehingga ada yang berkeliaran di padang bola sekolah.

Sementara itu Veronica Ooi, dia menetang keras kempen tersebut kerana selepas anjing itu diserahkan kepada MDTM aning tersebut akan didera, dilayan kasar, ditembak mati, dibiar kebuluran, ditanam hidup hidupan dan dibelasah.

Shima Eizma pula menyifatkan kempen ini tidak kena caranya kerana dengan kempen ini apabila diwar-warkan ia sudah tentu akan menjadi buah mulut dikalangan pencinta haiwan. - Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Kempen “1 Anjing 10 Ringgit” Dibatalakn Serta Merta Selepas Terima Tentangan Orang Ramai"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info