Jackie Chan bantu mangsa gempa bumi di Nepal

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Jackie Chan bantu mangsa gempa bumi di Nepal
6/9/2015 10:01:57 AM

Jackie Chan bantu mangsa gempa bumi di Nepal

BINTANG filem aksi Hollywood Datuk Jackie Chan tiba di Kathmandu pada Selasa bagi memberi sokongan kepada mangsa gempa bumi di Nepal. – Foto AFP

KATHMANDU: Bintang filem aksi Hollywood Datuk Jackie Chan tiba di Kathmandu pada Selasa bagi memberi sokongan kepada mangsa gempa bumi di Nepal.

Beliau menaiki penerbangan Air China ke Kathmandu dan dijadualkan akan menyerahkan barang bantuan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Nepal untuk diagihkan kepada mangsa gempa di Siddhipur dan Lalitpur, kata pegawai kanan Persatuan Bulan Sabit Merah Nepal, Ishwari Regmi.

Persatuan Bulan Sabit Merah China menyelaraskan lawatan Chan ke Nepal.

Chan mengumumkan bahawa beliau secara peribadi menderma sebanyak AS$100,000 pada satu majlis amal di Singapura bulan lepas, yang dianjurkan bagi mengumpul dana untuk mangsa gempa bumi Nepal.

Chan dijadualkan pulang ke Hong Kong lewat Selasa sejurus selepas menyerahkan bantuan kepada mangsa. – BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Jackie Chan bantu mangsa gempa bumi di Nepal"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info