Dua lagi mayat mangsa gempa bumi dijangka dituntut esok

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Dua lagi mayat mangsa gempa bumi dijangka dituntut esok
6/9/2015 10:12:42 AM

Dua lagi mayat mangsa gempa bumi dijangka dituntut esok

PASUKAN operasi menyelamat berjaya membawa turun mayat di Laban Rata dari tempat kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu – Foto Mohd Yusni Ariffin

KOTA KINABALU: Keluarga kepada dua lagi mangsa gempa bumi di Ranau Jumaat lepas dijangka tiba di Sabah esok bagi proses pengecaman dan menuntut mayat, kata Pengarah Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Heric Corray.

Beliau berkata anggota keluarga boleh menuntut mayat selewat-lewatnya pada pukul 3 petang esok selepas selesai proses bedah siasat dan dokumentasi di hospital itu.

Mangsa dikenal pasti sebagai warganegara Jepun dan China berdasarkan pasport yang diserahkan kepada pihak hospital, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata setakat ini, 14 daripada 16 mayat yang diserahkan kepada pihak hospital telah pun dituntut keluarga masing-masing termasuk tujuh warga Singapura serta seorang warganegara Filipina yang menjadi penduduk tetap di Singapura.

Kesemua 14 mayat yang telah dibedah siasat mengalami 'blunt trauma' (trauma majal) berikutan hentakan kuat pada bahagian kepala dan tindihan batu pada anggota badan, katanya.

Setakat semalam, jenazah Muhammad Loqman Abdul Karim, 22, dari Melaka merupakan mayat terakhir dituntut oleh keluarganya.

Kejadian gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang melanda Sabah pada Jumaat lalu telah mengorbankan 16 orang dan dua lagi masih hilang di Gunung Kinabalu semasa tragedi itu berlaku. – BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Dua lagi mayat mangsa gempa bumi dijangka dituntut esok"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info