MYNEWSHUB |
Berita Online Terhangat Malaysia |
Pemuda Ditemui Mati Dalam Sungai
6/2/2015 8:17:33 AM
Anggota-anggota Bomba dan Penyelamat mengusung mayat mangsa lemas selepas ditemui mati di dalam sungai di Jalan Raja Muda hari ini. - Foto BERNAMA
KANGAR – Seorang pemuda ditemui mati di dalam sungai di Jalan Raja Muda di sini petang tadi.
Mayat Muhammad Yussali Farhan Jasmen, 18, ditemui orang awam kira-kira pukul 2.30 petang.
Menurut ibunya Shakila Ariff, anaknya keluar dari rumah mereka di Kampung Behor Inai dengan menunggang motosikal untuk menemui rakannya di Jejawi semalam dan dia tidak pulang ke rumah sejak itu.
Beliau dan suaminya membuat aduan polis apabila rakan anaknya memberitahu Muhammad Yussali tidak muncul digerai rakannya itu sehingga pukul 3 petang semalam.
"Anak saya juga tertinggal kad pengenalan dan lesen memandunya ketika keluar rumah," katanya di Rumah Mayat Hospital Tuanku Fauziah di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Zaini Khalid mengesahkan kejadian itu dan berkata polis sedang menyiasatnya. – BERNAMA
Komen
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Pemuda Ditemui Mati Dalam Sungai"