Empat terbunuh nahas helikopter di Nepal petang tadi

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Empat terbunuh nahas helikopter di Nepal petang tadi
6/2/2015 8:04:58 AM

Empat terbunuh nahas helikopter di Nepal petang tadi

SEBUAH helikopter terhempas di kawasan pergunungan Nepal hari ini menyebabkan empat terbunuh. – Foto AP

KATHMANDU: Sebuah helikopter terhempas di kawasan pergunungan Nepal hari ini menyebabkan empat terbunuh, kata sumber rasmi.

Tentera Nepal setakat ini sudah menemui empat mayat selepas helikopter itu terhempas ketika dalam perjalanan pulang menghantar bekalan bantuan kepada mangsa dua gempa bumi yang memusnahkan sebahagian besar negara itu April lalu.

Helikopter itu adalah milik Mountain Helicopters yang berpangkalan di bandar raya ini, terhempas di suatu kawasan pergunungan di utara ibu negara itu, kata polis.

"Nahas berlaku pada jam 4.30 petang di daerah Sindhupalchowk selepas terlanggar talian elektrik, menurut penduduk di situ," kata pegawai polis Dipak Kharel.

"Tentera tiba di tempat kejadian dan menemui empat mayat," kata pegawai tentera, Mejar Jeneral Binoj Basnyat.

Pasukan bantuan dari seluruh dunia berusaha membekalkan air, makanan, perlindungan dan bantuan perubatan kepada Nepal sejak gempa bumi berukuran 7.8 menggegarkan negara itu pada 25 April lalu.

Pada 12 Mei, gempa bumi besar kedua pula melanda negara itu, pada hari sama helikopter UH-1Y Huey terhempas ketika dalam misi bantuan di utara Nepal.

Enam anggota marin Amerika Syarikat dan dua tentera Nepal terbunuh dalam nahas itu.

Lebih 8,600 maut dalam gempa bumi itu, yang memusnahkan lebih setengah juta rumah dan menyebabkan ramai penduduk terkandas tanpa tempat berlindung sedangkan musim hujan dijangka tiba beberapa minggu lagi. – AFP

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Empat terbunuh nahas helikopter di Nepal petang tadi"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info