Rilekslah |
Malaysian Social Media Trendsetter |
Hadi Awang kekal Presiden PAS
6/4/2015 2:42:31 PM
PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang megundi barisan kepimpinan baharu PAS sessi 2015-2017 di Muktamar Tahunan Pas ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor. – Foto Yazit Razali
KUALA SELANGOR: Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan jawatan sebagai Presiden PAS selepas menewaskan pencabarnya Ahmad Awang dalam pemilihan sempena Muktamar Tahunan PAS ke-61 hari ini.
Abdul Hadi, 68, yang kali pertama dicabar untuk jawatan utama PAS itu sejak 13 tahun lalu mendapat 928 undi sementara Ahmad, 79, memperoleh 233 undi.
Keputusan kemenangan Abdul Hadi itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS pusat, Asmuni Awi di Stadium Tertutup Kuala Selangor, sebentar tadi.
Seramai 1,189 perwakilan mengundi pada pemilihan sempena Muktamar kali ini.
Dengan kemenangan itu, Abdul Hadi yang mengambil alih teraju kepimpinan PAS daripada mantan presiden Allahyarham Datuk Dr Fadzil Noor pada 2002, akan memimpin parti itu untuk tempoh dua tahun lagi hingga 2017.
Kemenangan itu akan menjadikan Abdul Hadi sebagai Presiden PAS paling lama memegang jawatan itu.
Setakat jam 10.40 malam ini, hanya keputusan jawatan berkenaan diumumkan sementara proses pengiraan masih berjalan bagi jawatan lain.

Comments
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Hadi Awang kekal Presiden PAS"