Bruce Jenner kini 'wanita', guna nama Caitlyn

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Bruce Jenner kini 'wanita', guna nama Caitlyn
6/2/2015 6:32:49 AM

Bruce Jenner kini 'wanita', guna nama Caitlyn

BRUCE Jenner kini ingin dikenali dengan nama Caitlyn.

KUALA LUMPUR: Bapa tiri kepada keluarga selebriti Kardashian, Bruce Jenner kini ingin dikenali dengan nama Caitlyn apabila mengambil keputusan mengubah dirinya menjadi wanita.

Beliau yang tampil di muka depan majalah Vanity Fair dengan tajuk sensasi 'Call Me Caitlyn' semalam, kini menjadi bualan hangat di media sosial kerana menukar wajahnya itu.

Beliau turut mendapat sokongan padu dari ahli keluarganya.

Beberapa akaun media sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram dengan nama wanitanya Caitlyn Jenner itu kini sudah mencapai pengikut lebih sejuta dalam jangka masa singkat.

Anak-anak beliau menunjukkan tanda sokongan terhadap perubahan dirinya dengan memuat naik gambar muka depan majalah itu.

Namun ibu kepada Caitlyn enggan memanggilnya dengan nama baharunya itu kerana berpendapat dia lebih menyukai nama yang diberikan ketika bekas atlet sukan Olimpik itu dilahirkan dulu. – Agensi

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Bruce Jenner kini 'wanita', guna nama Caitlyn"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info