Puteri Mardiana Ditangkap Khalwat Lagi


Puteri Mardiana Ditangkap Khalwat Lagi



Puteri Mardiana Ditangkap Khalwat Kali Kedua Dengan Lelaki Sama | PELAKON Putri Mardiana Zainal Abidin dilaporkan telah ditangkap khalwat kali kedua dengan lelaki sama, Shahrizam Abdullah pada pagi Sabtu.



Pelakon berusia 34 tahun itu ditangkap bersama teman lelakinya yang dikenali sebagai E-Jump, kira-kira jam 4.00 pagi di USJ 1, Subang Jaya.



Puteri Mardiana Ditangkap Khalwat Lagi



Menurut laporan Astro Gempak, mereka ditangkap di kediaman isteri E-Jump, Nor Hasni Md. Hashim.



Nor Hasni yang mengesahkan berita penangkapan terbabit menjelaskan, “Ya, mereka ditangkap di kediaman saya pagi tadi. Maaf, saya tidak mahu komen panjang kerana kes penceraian saya dan suami masih dibicarakan di mahkamah.”



Sebelum ini, Putri Mardiana dan E-Jump pernah ditangkap khalwat pada Disember tahun lalu selepas didapati berdua-duaan di kediaman pelakon itu yang terletak di Ukay Perdana.
0 Komentar untuk "Puteri Mardiana Ditangkap Khalwat Lagi"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info