Pelajar Muslim Diharamkan Berpuasa Di Britain

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Pelajar Muslim Diharamkan Berpuasa Di Britain
6/13/2015 12:00:49 AM

PELAJAR beragama Islam di empat sekolah rendah di Britain diharamkan daripada menjalani ibadah puasa Ramadan.

Keputusan itu diambil pengurusan empat sekolah itu, The Lion Academy Trust berikutan mereka risau dengan keupayaan kanak-kanak itu untuk berpuasa.

Walau bagaimanapun, keputusan itu mendapat reaksi yang berbeza daripada Persatuan Muslim di sana.

Menurut surat yang ditulis pengetua Aaron Wright berkata, "Kami difahamkan dalam undang-undang agama Islam, kanak-kanak tidak digalakkan untuk berpuasa, ianya hanya diwajibkan sewaktu mereka sudah akil baligh dan dewasa."

"Sebelum ini, kami menerima kes mengatakan beberapa pelajar jatuh sakit, pengsan dan ponteng kelas berikutan tidak berupaya kerana sedang berpuasa.

"Sehubungan itu, memandangkan sekolah dan undang-undang Islam bertujuan sama, untuk itu kami tidak membenarkan pelajar-pelajar Muslim di Lion Academy Trust untuk berpuasa untuk menghalang kejadian yang berlaku sebelum ini daripada berulang," ujar Wright.

Sementara itu, wakil jurucakap Persatuan Muslim berkata, "Kami percaya Islam adalah agama yang memudahkan umatnya."

"Namun, peraturan sekolah ini sepatutnya hanya terpakai untuk pelajar yang menghidap penyakit serius atau kritikal, ataupun yang terlalu muda untuk berpuasa.

"Oleh itu, kami percaya sama ada kanak-kanak ini boleh berpuasa atau tidak wajarlah ditentukan oleh ibu bapa mereka, yang lebih mengetahui sama ada anak mereka sudah boleh mula berpuasa atau pun tidak," katanya.

Umat Islam seluruh dunia dijangka mula berpuasa wajib di bulan Ramadan pada 18 Jun ini. – MYNEWSHUB.CC

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Pelajar Muslim Diharamkan Berpuasa Di Britain"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info