Siarkan karikatur hina Malaysia tidak dapat diterima – Wan Junaidi

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Siarkan karikatur hina Malaysia tidak dapat diterima – Wan Junaidi
5/29/2015 12:09:35 PM

Siarkan karikatur hina Malaysia tidak dapat diterima – Wan Junaidi

TIMBALAN Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. – Foto Mohd Yusni Ariffin

KUCHING: Tindakan sebuah akhbar negara jiran yang menyiarkan karikatur kartun menghina negara ini tidak dapat diterima, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata tindakan menghina pemimpin serta rakyat negara ini tidak seharusnya berlaku.

"Sebenarnya kalau kita lihat apa yang dijumpai di Bukit Wang Burma, Wang Kelian bukan bermula daripada negara kita kerana lokasi kem transit itu lebih mudah untuk dimasuki dari negara berkenaan.

"Saya melihat daripada semua petunjuk yang dijumpai (di Bukit Wang Burma, Wang Kelian) semua ini bermula dari sana. Semua barang yang kita jumpa di kem transit itu seperti makanan, bungkusan, kain, kotak, bahkan kotak peluru semuanya berasal dari negara berkenaan," katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Peruntukan kepada lima Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dalam kawasan Parlimen Santubong, di sini malam ini.

Wan Junaidi berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan sebuah akhbar negara jiran yang menyiarkan karikatur menunjukkan seorang pegawai polis negara ini sedang memegang penyodok di hadapan timbunan tengkorak. – BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Siarkan karikatur hina Malaysia tidak dapat diterima – Wan Junaidi"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info