Lelaki Tak Sempat Jadi Ratu Cantik Selepas Maut Kerana Suntik Minyak Di Dada

 

 

Siakap Keli News

Lelaki Tak Sempat Jadi Ratu Cantik Selepas Maut Kerana Suntik Minyak Di Dada
5/28/2015 11:44:00 PM

Mexico: Terdesak untuk menang dalam pertandingan ratu cantik, seorang lelaki yang menyerupai wanita akhirnya menemui ajal selepas menyuntik bahagian dadanya dengan minyak masak.
Juan Manuel Sanchez yang turut dikenali sebagai Bebo dikatakan termakan dengan 'petua' rakannya bagi membesarkan bahagian dadanya.
Bebo mengadu sakit selepas melakukan prosedur itu dan diberikan sejenis ubat 'Diazepam' untuk mengurangkan kesakitannya. Dia kemudiannya tidak sedarkan diri.
Apabila melihat keadaan Bebo semakin buruk pada keesokan harinya, rakan-rakannya segera membawanya ke hospital. 
Bagaimanapun Bebo disahkan meninggal dunia selepas lapan hari dirawat.
Punca kematiannya dikatakan kegagalan badannya menerima minyak masak berkenaan dan menyebabkan bahan berkenaan merebak ke bahagian badan yang lain, termasuk paru-paru dan otak. -Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Lelaki Tak Sempat Jadi Ratu Cantik Selepas Maut Kerana Suntik Minyak Di Dada"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info