Rilekslah |
Malaysian Social Media Trendsetter |
Kematian BB King kerana diracun?
5/26/2015 3:17:49 AM
GAMBAR fail bertarikh 26 Jun, 2010, mendiang B B King melakukan persembahan di Festival Gitar Crossroads, di Chicago. – Foto AP
WASHINGTON: Kematian Raja Blues antarabangsa, Riley B King atau lebih dikenali sebagai B B King pada 14 Mei lalu akan disiasat sebagai kes pembunuhan.
Hal itu disahkan seorang pegawai penyiasat dari Nevada menerusi muat naik status di laman Twitter.
Media di Las Vegas melaporkan dua daripada anak mendiang begitu bimbang dengan kematian mengejut bapa mereka yang disifatkan penuh misteri dan dipercayai ada unsur jenayah di sebalik semua itu.
Mengikut laporan, dua anak perempuan Karen Williams dan Patty King mendakwa lagenda blues itu diracun pengurus perniagaannya, Laverne Toney dan pembantu peribadi.
"Saya percaya yang bapa saya sudah diracun mereka," kata anak mendiang.
Terdahulu pegawai penyiasat sudah diberikan kuasa untuk melakukan siasatan ke atas mayatnya menerusi laporan autopsi yang akan dijalankan kelak dan proses itu mengambil masa.
Berikutan itu, majlis pengebumian B B King juga ditunda bagi memberi laluan kepada kerja penyiasatan.
B B King, 89, dilaporkan sebelum ini meninggal dunia dalam tidur pada kira-kira jam 9.40 malam (waktu tempatan) di kediamannya di Las Vegas, Nevada.
Kematian King disahkan wakilnya, Brent Bryson yang turut memanjangkan perkara berkenaan kepada The Associated Press.
Bagaimanapun punca sebenar kematiannya tidak didedahkan secara jelas. Namun beberapa insiden sebelum ini menunjukkan pemenang kali ke-15 Anugerah Grammy edisi 2009 itu menderita sakit diabetes dan tahap kesihatannya menurun sejak beberapa tahun lalu.
Comments
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
0 Komentar untuk "Kematian BB King kerana diracun?"