SOGO Bakal Saman Pakatan Rakyat RM500 Juta


SOGO Bakal Saman Pakatan Rakyat RM500 Juta



SOGO Akan Saman PKR Dan Pakatan Rakyat RM500 Juta | Susulan kejadian perhimpunan Kita Lawan di hadapan pasaraya Sogo baru-baru ini. Pihak pengurusan SOGO dikatakan akan memfailkan saman kepada Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat.



Pihak SOGO dikatakan memaklumkan mereka kerugian hampir RM500,000 pada hari perhimpunan tersebut kerana terpaksa menutup operasi pasaraya terkenal itu.



Untuk mengetahui perkembanagn kes ini Siakapkeli cuba menghubungi Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Sdr. Hizwan Ahmad untuk mengetahui perkembangan kes ini.



Menurut beliau perhimpunan tersebut bukanlah dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat atau pun Pakatan Rakyat tetapi ia dianjurkan oleh rakyat Malaysia sendiri.



"Sehingga sekarang PKR tidak menerima sebarang notis guaman daripada mana-mana pihak termasuk kes saman oleh pihak SOGO ini."



"Bagaimana pihak SOGO hendak menyaman PKR dan PR sedangkan perhimpunan ini dianjurkan oleh rakyat dan 'Kita Lawan' bukanlah satu pertubuhan berdaftar." Tegas Setiausaha AMK itu.
0 Komentar untuk "SOGO Bakal Saman Pakatan Rakyat RM500 Juta"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info