9 GAMBAR - LAWATAN MOJO KE RUMAH ORANG TUA AL-IKHLAS

 

 

myartis.com
LAMAN HIBURAN PERTAMA DI MALAYSIA Blog gosip artis Malaysia yang pertama, sensasi dan panas. Tak lupa ada gambar artis Malaysia yang panas, sosial dan terkini untuk semua. selebriti sensasi beautiful nara roti kaya TV3 Tonton TV9 myartismy hangat panas video Youtube facebook twitter Gosip Artis Malaysia Terkini dan Gambar Artis Malaysia Terbaru - MYARTIS.COM

9 GAMBAR - LAWATAN MOJO KE RUMAH ORANG TUA AL-IKHLAS
5/25/2015 5:22:00 PM

Semalam, Kumpulan rock MOJO telah menjayakan aktiviti amal yang dinamakan #DahsyatKasihMOJO bertempat di Rumah Rawatan dan Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas (Rumah Al-Ikhlas) di Puchong, Selangor.

Aktiviti amal ini merupakan niat MOJO sendiri untuk bersama-sama meluangkan masa bersama orang-orang tua yang merupakan penghuni di Rumah Al-Ikhlas bagi menghargai dan meraikan mereka sempena sambutan Hari Ibu yang lalu, juga sekaligus meraikan Hari Bapa yang bakal tiba.

Klik gambar untuk size besar

Acara tanggungjawab sosial masyarakat yang dicetuskan MOJO ini adalah bagi menghargai setiap pengorbanan mereka yang lebih tua, seiring dengan single terbaru MOJO, 'Dahsyat' yang menunjukkan betapa dahsyatnya sifat kasih sayang itu mampu memberi makna dan menyerikan lagi hidup seseorang itu.

Aktiviti kunjungan ini telah berlangsung dari jam 1 tengah hari dan berakhir pada jam 4 petang.

Turut menjayakan program itu ialah kumpulan kereta tempatan ProSat Motorsports dan Sagat Crew Ladies Motorsports yang membawa MOJO sepanjang perjalanan ke Rumah Al-Ikhlas. Sebanyak hampir 15 buah kereta yang disertai hampir 60 orang telah berkonvoi dari bangunan KRU Studios di Cyberjaya ke lokasi yang terletak di Pulau Meranti, Puchong.

"Kami begitu bersyukur dapat meluangkan masa untuk bersama-sama dengan penghuni-penghuni di Rumah Al-Ikhlas ini kerana apa yang mereka mahukan bukanlah harta atau wang ringgit, tetapi hanya masa untuk bersama-sama dan berborak bersama mereka.

"Alhamdulillah, kehadiran kami ke sini dapat memberi sedikit senyuman kepada mereka dan di kesempatan ini juga saya menyeru kepada semua supaya hormatilah kedua-dua orang tua kita dan jagalah mereka dengan penuh kasih sayang sementara kita masih dapat bersama mereka", ujar Ketua kumpulan MOJO, Edry.


Foto & info: KRU

         ________________________

    FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

Follow @myartisdotcom

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "9 GAMBAR - LAWATAN MOJO KE RUMAH ORANG TUA AL-IKHLAS"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info