Rilekslah |
Malaysian Social Media Trendsetter |
Solat hajat untuk keselamatan rakyat Malaysia – Najib
6/7/2015 6:45:47 AM
NAJIB diiringi Putera Mahkota Arab Saudi Putera Mohammed bin Naif al-Saud setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz al-Saud sempena lawatan rasmi beliau selama tiga hari bermula hari ini.- Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak serta delegasinya yang kini dalam rangka lawatan rasmi ke Arab Saudi akan mengadakan solat hajat malam ini bagi mendoakan keselamatan rakyat Malaysia terutama di Sabah.
Perdana Menteri berkata, walaupun beliau berada di Jeddah untuk lawatan rasmi, Menteri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta agensi yang terbabit dengan kerja menyelamat dan pemantauan di Sabah sentiasa memaklumkan perkembangan terkini.
"Insya-Allah, bersama-sama mereka yang ada di sini (Arab Saudi), solat hajat akan diadakan malam ini. Moga Allah SWT memelihara rakyat Malaysia terutamanya di Sabah dan memudahkan usaha menyelamat.
"Saya harap semua rakyat Malaysia tidak mengira bangsa atau agama akan terus berdoa untuk keselamatan rakyat Sabah," katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau, hari ini.
Najib juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan memberi jaminan segala usaha sedang dilakukan agensi kerajaan untuk mencari dan menyelamat semua yang masih terkandas di kawasan pergunungan.
"Anggota serta aset Angkatan Tentera Malaysia berada pada keadaan bersiap sedia untuk dikerahkan, manakala Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang terdiri daripada paramedik, jurutera dan penyelamat telah pun digerakkan bagi membantu dalam apa bentuk sekalipun.
"Wajarlah kita berterima kasih kepada semua yang membantu usaha pencarian, terutamanya malim gunung yang banyak berkorban bagi membantu mangsa gempa bumi,'" katanya.
Najib turut menzahirkan rasa sedihnya apabila membaca laporan kejadian gempa bumi yang berlaku di Sabah ketika ini yang telah mengorbankan 18 mangsa.
"Begitu ramai nyawa yang terkorban, infrastruktur dan bangunan yang mengalami kerosakan. Ada juga masih belum di jumpa," katanya.

Comments
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Solat hajat untuk keselamatan rakyat Malaysia – Najib"