Arul Kanda: 1MDB Hanya Menerima Surat PAC Pada 21 Mei Lalu

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Arul Kanda: 1MDB Hanya Menerima Surat PAC Pada 21 Mei Lalu
5/26/2015 6:43:14 AM

KUALA LUMPUR: Disebalik kontroversi penangguhan proses prosiding antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) yang dijadualkan hari ini, presiden syarikat tersebut Arul Kanda Kandasamy berkata bahawa jemputan itu hanya diterima pada 21 Mei lalu.

"Meskipun kontra daripada beberapa buah laporan dan keterangan yang dibuat oleh individu-individu tertentu, kami tegaskan bahawa pihak 1MDB hanya menerima jemputan tersebut pada 21 Mei lalu, yang disampaikan melalui Kementerian Kewangan oleh PAC," jelas beliau dalam sebuah keterangan,hari ini.

Notis tersebut, yang dialamatkan kepada Kementerian Kewangan, memohon untuk Presiden dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan bekas CEO Datuk Shahrul Ibrahim Halmi untuk tampil memberikan keterangan kepada jawatankuasa tersebut pada 26 Mei 2015.

1MDB telah memberi respon kepada Kementerian Kewangan pada 21 Mei, iaitu pada hari yang sama surat itu diterima.

Seperti yang telah disahkan oleh Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed‎ pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Parlimen, tarikh baru bagi prosiding itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Prosiding terhadap 1MDB itu terpaksa ditangguhkan selama 30 hari susulan kedua-dua orang pentingnya mempunyai urusan di luar negara.

"Pihak kami sekali lagi tegaskan bahawa kami akan memberikan kerjasama penuh dengan PAC dan kedua-dua Arul Kanda dan Datuk Shahrol Halmi menganggap jemputan untuk berhadapan dengan jawatankuasa ini sebagai satu peluang untuk pihak pengurusan 1MDB menjelaskan segala-segalanya tentang keadaan sebenar syarikat tersebut."

PAC sedang menjalankan siasatan terhadap masalah hutang dan aliran tunai 1MDB yang telah kerugian RM42 bilion dalam tempoh lima tahun.

Siasatan telah bermula sejak Selasa lepas (19 Mei) apabila jawatankuasa tersebut memanggil dua pegawai kanan kerajaan iaitu Perbendaharaan Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, yang juga ahli lembaga penasihat 1MDB, dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonominya, Datuk Seri Dr Rahamat Bivi Yusoff.-MYNEWSHUB.CC

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Arul Kanda: 1MDB Hanya Menerima Surat PAC Pada 21 Mei Lalu"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info