Pencuri Pulang Motosikal, Mohon Maaf



SLEMAN (Indonesia) – Seorang pencuri di sini bertindak memulangkan semula sebuah motosikal yang dicurinya dan turut memohon maaf kepada pemilik kenderaan berkenaan.

Motosikal jenis Honda Revo milik Febriyan Azhar, 40, itu dilaporkan hilang pada malam Khamis lalu di garaj rumahnya di sini.

Bagaimanapun, dua hari kemudian, motosikal berkenaan dijumpai semula di sebuah gereja tidak jauh dari rumah Febriyan.

Ketika ditemui terdapat sekeping nota tulisan tangan di depan motosikal itu yang meminta maaf kepada pemiliknya.

Pada nota berkenaan tercatat:

“Maafkan saya kerana telah mengambilnya. Nama: Ahmad Dani Saputra. Alamat: Jalan Malioboro Simpang Sarkem.”

Namun, jurucakap polis, Kompol Sarwendo memberitahu, pihaknya telah pergi ke alamat itu dan ternyata ia palsu.

Ujarnya, Febriyan sudah menarik balik laporan berhubung kehilangan motosikal berkenaan tetapi polis masih dalam usaha mengesan suspek.

“Pencuri itu tetap akan dicari tetapi bukan untuk didakwa sebaliknya kami mahu memberikan ganjaran,” katanya. – Agensi

0 Komentar untuk "Pencuri Pulang Motosikal, Mohon Maaf"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info