Najib Tidak Terlibat Dalam Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu - Pak Lah



Mantan Perdana Menteri,Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa Datuk Sri Najib Tun Razaj tidak mempunyai sebarang kaitan lansung dengan kes melibatkan pembunuhan model Monggolia, Altantuya Shaariibuu.

Beliau berkata demikian kerana berdasarkan siasatan yang dilakukan oleh pihak polis tidak menjumpai sebarang malumat mengaitkan Najib pada tahun 2006 lalu.

"Berdasarkan penemuan daripada siasatan menyeluruh yang dijalankan Polis Diraja Malaysia yang disampaikan kepada saya, disahkan yang Najib tidak ada kaitan sama sekali dengan kes itu," katanya dipetik berkata oleh The Star.

Dalam perbiacaraan sebelum ini mahkamah Persekutuan telah menjatuhkan hukuman mati kepada bekas komando polis Koperal Sirul Azhar Umar dan Ketua Inspektor Azilah Hadri kerana didapati bersalah.

Manakala penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda, iaitu salah seorang individu yang rapat dengan Najib, yang juga didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul, dibebaskan Mahkamah Tinggi pada 2008 tanpa dipanggil membela diri.

Kerana terlalu banyak tekanan termasuk daripada Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuntut pihak polis untuk membuka semula kes itu membuatkan Pak Lah tampil membela Najib. - Siakapkeli.com.my

0 Komentar untuk "Najib Tidak Terlibat Dalam Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu - Pak Lah"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info