Pasti ramai yang tertanya-tanya motif video ini sebenarnya dan apa yang menarik mengenai kandungan di dalamnya namun anda harus menonton video ini kerana ianya pasti membuatkan anda tersenyum dan ketawa.


Melihat gelagat dan telatah spontan seorang lelaki yang menyakat teman wanitanya ketika membuat video resume-nya pasti mencuit hati ramai pengguna sosial media kerana video ini telah mendapat jumlah lebih 3 juta tontonan setakat ini.


Pelbagai gaya dan aksi lelaki yang digelar ‘Jacob’ itu lakukan untuk menganggu wanita itu sehingga dia sendiri tergelak dengan telatah lelaki itu.


Apa yang dapat disaksikan, wanita itu sangat penyabar dan bertenang melayan karenah lelaki yang hanya memakai ‘seluar dalam’ bercorak batman itu.


Wanita tersebut dipercayai ingin membuat rakaman video mengenai butir-butir peribadinya namun tidak senang duduk dibuatnya selepas lelaki itu muncul dari belakangnya.


Berdasarkan komen-komen yang diterima, ramai pengguna laman sosial itu terhibur dan gembira menonton kelakuan mereka berdua, ada yang kata mereka sangat ‘sweet’ sebagai pasangan.


Jom kita tenangkan sikit ketegangan di tempat kerja itu dengan menonton video ini, harap anda semua terhibur. -MYNEWSHUB.CC