U21 letak pendidikan tinggi Malaysia di kedudukan 27 – Idris

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

U21 letak pendidikan tinggi Malaysia di kedudukan 27 – Idris
6/4/2015 10:20:50 AM

U21 letak pendidikan tinggi Malaysia di kedudukan 27 – Idris

MENTERI Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh. – Foto Muhd Zaaba Zakeria

PUTRAJAYA: Pendidikan tinggi Malaysia naik satu anak tangga ke kedudukan 27 secara keseluruhan dalam ranking Universiti 21 (U21) dalam kalangan 50 negara pada tahun ini, kata Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata, Malaysia berada pada kedudukan kelapan dari segi peruntukan kerajaan kepada sektor pendidikan tinggi sebagai peratusan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan kedudukan ke-12 mengikut peruntukan untuk setiap pelajar.

"Ini menunjukkan kerajaan terus memberi tumpuan kepada sektor pendidikan tinggi dengan menyalurkan sumber yang tinggi demi pembangunan dan perkembangan institusi-institusinya," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, dari segi pengetahuan dalam sektor perniagaan, Malaysia melonjak ke kedudukan keenam pada tahun ini berbanding kedudukan ke-12 pada 2014.

Bagaimanapun, katanya Malaysia berada di kedudukan ke-30 dari segi peruntukan pembangunan dan penyelidikan (R&D) untuk institusi pendidikan tinggi.

Selain itu, Idris berkata Malaysia diletakkan di tangga ke-22 dari segi jumlah penerbitan dan ke-33 untuk penerbitan per kapita penduduk.

Katanya, pengurangan pemarkahan pemberat kepada aspek penerbitan mulai tahun ini menyebabkan penurunan kedudukan itu.

Beliau berkata, bagi kategori universiti terbaik, Malaysia diletakkan di kedudukan ke-32 dan ke-39 bagi pencapaian pendidikan warga akademik.

"Secara keseluruhannya, peningkatan ranking Malaysia merupakan sesuatu yang membanggakan dan memberangsangkan. Usaha warga pendidikan tinggi termasuk pensyarah, penyelidik dan pelajar harus dipuji," katanya.

U21 adalah gabungan rangkaian 25 universiti penyelidikan utama yang diterajui oleh Universiti of Melbourne, Australia yang menetapkan ranking sistem pendidikan tinggi negara secara menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada universiti secara berasingan.

– BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "U21 letak pendidikan tinggi Malaysia di kedudukan 27 – Idris"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info