Baru sahaja berusia 29 tahun, seorang wanita yang mempunyai dua anak bakal menjadi nenek paling muda di Ireland.


preggeres-girl-mum


Wanita Irish yang melahirkan anak sulung ketika berusia 14 tahun itu mendapat tahu bahawa anak perempuannya yang kini berusia 15 tahun itu hamil selepas dia memuat naik status di laman sosial mengenai berita itu.


Remaja berusia 15 tahun yang masih menuntut di sekolah menengah Belfast di Ireland itu mengumumkan berita ‘gembira’ itu di Facebook dengan status ‘I can’t wait to be mum’ yang bermaksud ‘Saya tidak sabar untuk menjadi ibu.’


Pengumuman yang dimuat naik di laman sosial itu pada bulan lalu melihat dia sangat teruja memberitahu rakan-rakannya yang dia tidak sabar untuk menimang cahaya mata pertamanya itu.


granny


Teman lelakinya yang dipercayai berusia 17 tahun itu juga turut berkongsi berita gembira itu di laman sosialnya.


Memberi komen di bawah gambar ‘scan‘ anak mereka, lelaki itu menyatakan dia mengharapkan bayi lelaki namun teman wanitanya tidak kisah, apa yang penting bayi pasangan remaja itu sihat.


Pihak Sunday Life cuba mendapatkan informasi lebih daripada mereka minggu lalu telah berjumpa dengan bakal nenek yang berusia 29 itu namun wanita berkenaan tidak mahu memberi apa-apa komen mengenainya.


Namun, wanita berusia 29 tahun itu akan menjadi nenek termuda di UK setakat ini selepas anaknya yang berusia 15 tahun itu melahirkan anak pada musim panas ini.