MYNEWSHUB |
Berita Online Terhangat Malaysia |
Abdul Hadi Mempertahankan Jawatan Presiden PAS
6/4/2015 9:53:03 AM
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berucap pada pembukaan persidangan Muktamar Tahunan PAS Ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA SELANGOR – Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal mempertahankan jawatannya sebagai Presiden PAS dalam pemilihan parti itu hari ini.
Keputusan pemilihan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Asmuni Awi, jam 10.15 malam ini.
Abdul Hadi, 68, golongan pro ulama mendapat 928 undi, menewaskan bekas naib presiden PAS, Ahmad Awang, 79, yang hanya mendapat 233 undi.
Seramai 1,189 perwakilan mengundi pada pemilihan sempena Muktamar Tahunan Pas Pusat kali ke-61 yang berlangsung di Stadium Tertutup, Kuala Selangor.
Abdul Hadi yang sebelum ini telah memegang jawatan itu selama 13 tahun sejak mengambil alih dari mantan presiden Allahyarham Datuk Dr Fadzil Noor pada 2002, akan memimpin parti itu untuk tempoh dua tahun lagi sehingga 2017.
Kemenangan itu akan menjadikan Abdul Hadi sebagai Presiden PAS paling lama memegang jawatan itu.
Setakat jam 10.40 malam ini, hanya keputusan jawatan berkenaan diumumkan sementara proses pengiraaan masih berjalan bagi jawatan lain. – BERNAMA
Komen
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
0 Komentar untuk "Abdul Hadi Mempertahankan Jawatan Presiden PAS"