Tahaluf Siyasi Tak Libatkan Soal Akidah, Ideologi Parti

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Tahaluf Siyasi Tak Libatkan Soal Akidah, Ideologi Parti
6/4/2015 2:01:27 AM

KUALA SELANGOR – PAS yang hari ini mengekalkan kerjasama politik (tahaluf siyasi) bersama pakatan pembangkang, menegaskan kerjasama itu tidak melibatkan soal akidah dan ideologi parti.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata asas yang menyatukan PAS, DAP dan PKR dalam pakatan itu ialah isu-isu yang mempunyai titik persamaan sahaja.

"Sebab itu kami tidak sentuh isu sekularisme yang dianut DAP…tidak sentuh apa sahaja fahaman ideologi melainkan apa yang berkaitan dengan ideologi kami (PAS)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan dasar dan perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-61 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan dasarnya berhubung PAS perlu berhati-hati dalam mengekalkan tahaluf siyasi bersama pakatan pembangkang.

Ditanya Dewan Ulama PAS semalam yang meluluskan usul tergempar supaya PAS memutuskan tahaluf siyasi bersama DAP, Abdul Hadi berkata itu satu usul bukan satu keputusan dan terserah kepada muktamar untuk membuat keputusan.

"(Usul-usul yang dicadangkan) Itu demokrasi dalam PAS, setuju atau tidak, saya serah pada perwakilan (buat keputusan)," kata Abdul Hadi.

Mengenai langkah PAS untuk memperkukuh kepimpinan ulama dan mengangkat peranan profesional, katanya dalam parti itu tidak ada pemisah antara kedua-dua golongan sebaliknya apa yang membelenggu parti itu ialah pemikiran rakyat dipengaruhi oleh sekularisme yang memisahkan agama sebagai cara hidup.

Ditanya adakah golongan progresif dalam PAS dipengaruhi fahaman sekularisme, beliau berkata tidak ada fahaman tersebut sebaliknya apa yang dibanggakan ialah kejayaan pendidikan Islam sebagai amalan dan menarik sokongan bukan Islam kepada parti itu termasuk wujudnya dewan himpunan penyokong PAS. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Tahaluf Siyasi Tak Libatkan Soal Akidah, Ideologi Parti"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info