Sukan SEA: Nazmi digantung 6 perlawanan

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Sukan SEA: Nazmi digantung 6 perlawanan
6/2/2015 5:28:24 PM

Sukan SEA: Nazmi digantung 6 perlawanan

Muhammad Nazmi Faiz Mansor

KUALA LUMPUR: Tindakan kurang bijak pemain tengah skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor yang meludah pemain Timor-Leste pada perlawanan pertama Sukan SEA 2015 membawa padah apabila Jawatankuasa Disiplin AFC menjatuhkan hukuman gantung enam perlawanan terhadapnya, hari ini.

Hukuman berat itu dibuat Jawatankuasa Disiplin Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC) sekalipun Malaysia dilaporkan sudah pun membuat rayuan bagi menilai insiden terbabit yang berlaku ketika aksi sulung saingan Kumpulan B Sukan SEA itu, Sabtu lepas.

Ketua jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee sebelum ini berkata bersedia menghantar pulang Nazmi seandainya hukuman yang dikenakan AFC lebih berat berbanding hukuman minimum penggantungan dua perlawanan atas kad merah diberikan oleh pengadil.

Malaysia memenangi perlawanan menentang Timor-Leste itu dengan keputusan 1-0 namun insiden membabitkan Nazmi pada minit ke-32 yang meludah pemain lawan, Filipe Olieira, jelas menjejaskan rentak skuad negara yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain hampir sejam perlawanan.

Nazmi bukannya baharu di pentas temasya serantau itu dan sudah beraksi buat kali ketiga berturut-turut selepas membuat penampilan pertama di Indonesia pada 2011 dan Myanmar 2013 selain Singapura.

"RASMI: J/kuasa Tatatertib AFC memutuskan Nazmi Faiz Mansor digantung 6 perlawanan kerana meludah pemain Timor Leste Sabtu lalu," kata FAM menerusi laman sosial rasmi badan induk itu.

Pengurus pasukan skuad Harimau Muda, Datuk Seri Afandi Hamzah, ketika dihubungi di Singapura, berkata segala kenyataan susulan akan dibuat pihaknya selepas perlawanan Malaysia menentang Vietnam, malam ini.

"Kita fokus kepada perlawanan (menentang Vietnam) terlebih dulu dan selepas itu baru hubungi saya," kata Fandi menerusi mesej ringkas.

Ketua Kontinjen Negara (CDM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria sebelum ini pendirian tegas untuk menghantar pulang pemain tengah Selangor itu.

Norza berkata, Nazmi sepatutnya terus dihantar pulang pada hari kejadian kerana tindakan pemain itu amat memalukan negara dan tidak mempunyai semangat kesukanan.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Sukan SEA: Nazmi digantung 6 perlawanan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info