Nor Azizi Menang Hadiah Utama Kempen Hantar & Menang Poslaju

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Nor Azizi Menang Hadiah Utama Kempen Hantar & Menang Poslaju
6/2/2015 9:22:33 AM

KUALA LUMPUR – Nor Azizi Jaafar dari Melaka dipilih sebagai pemenang hadiah utama Kempen Hantar & Menang PosLaju dan menerima hadiah RM18,888.

Dalam kenyataan hari ini, Pos Malaysia berkata tempat kedua dengan hadiah RM11,111 dimenagi Arnie Shamona Abd Karim dari Sungai Petani, Kedah.

Shahrirazlan Shamsudin dari Bandar Baru Bangi, Selangor pula menang tempat ketiga dengan hadiah RM7,777, manakala Puspa Abdullah, Wong Weng Kean dan Nurul Ashikin Arifin meraih tempat keempat dengan hadiah RM5,555 setiap seorang.

Sementara itu, tempat kelima dimenangi Mohamad Arifuddin Mat Jusop dan menerima hadiah pakej percutian sumbangan Kidzania beserta wang RM1,111, manakala Darusalam Ab Rahman, Aziz Ismail dan Wan Nor Ain Wan Ahmad Amran masing-masing menerima sebuah iPhone 6 Plus kerana memenangi tempat keenam.

Tiga pemenang tempat ketujuh iaitu Wan Nor Shahzrini Wan Mansur, Fatin Liyana Alias dan Moreen Lim masing-masing menerima hadiah sebuah telefon pintar Xiao Mi4.

Setiap pemenang juga menerima hadiah simpack dan tambah nilai Altel.

Bertemakan 'Lebih Banyak Transaksi, Lebih Banyak Peluang Anda Untuk Menang', kempen itu bermula 1 Jan dan pada mulanya dijadual berakhir pada 28 Feb.

Bagaimanapun, berikutan sambutan hangat daripada orang ramai, Pos Malaysia melanjutkannya hingga akhir Mac.

Kempen itu mempunyai 86 pemenang setiap bulan.

Pelanggan secara automatik menyertai kempen itu apabila mereka menghantar barang atau menggunakan perkhidmatan PosLaju dalam tempoh berkenaan. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Nor Azizi Menang Hadiah Utama Kempen Hantar & Menang Poslaju"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info