Rilekslah |
Malaysian Social Media Trendsetter |
Seorang lemas, 6 hilang perahu panjang karam
6/2/2015 3:54:28 PM
LOKASI kejadian nahas sebuah perahu panjang karam selepas berlanggar dengan sebuah tongkang di Sungai Kemena, di sini petang tadi. – Foto NSTP
BINTULU: Seorang lemas, manakala enam lagi dilaporkan hilang apabila sebuah perahu panjang yang mereka naiki karam selepas berlanggar dengan sebuah tongkang di Sungai Kemena, di sini kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Difahamkan, ketika kejadian, semua lapan mangsa berkenaan daripada satu keluarga dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Hulu Sebauh, di sini selepas mengunjungi rumah saudara mereka sempena Hari Gawai.
Sumber memberitahu BH, seorang lagi anggota keluarga itu yang mengemudi perahu berkenaan berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sungai sebelum mendapatkan bantuan penduduk setempat.

Comments
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Seorang lemas, 6 hilang perahu panjang karam"