Perwakilan tempelak pemimpin Pemuda PAS tidak pertahan presiden

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Perwakilan tempelak pemimpin Pemuda PAS tidak pertahan presiden
6/3/2015 1:14:52 AM

Perwakilan tempelak pemimpin Pemuda PAS tidak pertahan presiden

AHLI Pemuda PAS mendengar perbahasan sempena Muktamar Pemuda PAS ke-56 di Shah Alam hari ini. – Foto Muhd Zaaba Zakeria

SHAH ALAM: Muktamar Dewan Pemuda PAS yang berlangsung hari ini panas apabila beberapa anggota perwakilan menempelak kepimpinan Pemuda yang gagal mempertahankan presiden parti itu sewaktu dikritik pemimpin DAP, sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat.

Anggota perwakilan Wilayah Persekutuan, Mohd Ridzuan Ariffin menganggap kepimpinan Pemuda lemah apabila gagal mempertahankan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menerima pelbagai kritikan keras terutama berhubung cadangan pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.

"Ini bukan sifat seorang anak soleh yang hanya mendiamkan diri apabila melihat bapanya dihina," katanya ketika membahaskan ucaptama Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat pada Muktamar Pemuda PAS di Bangunan SUK Shah Alam, di sini hari ini.

Anggota perwakilan dari Terengganu, Raja Arizal Raja Arif turut berkongsi pendapat sama dan mendakwa pimpinan Pemuda PAS gagal berfungsi serta memberi sokongan padu kepada Abdul Hadi sebagai presiden parti.

Raja Arizal berkata, Pemuda PAS yang dipimpin Suhaizan juga gagal menjalankan tugas dan amanah yang diberikan.

Anggota perwakilan dari Selangor, Mohd Zuhdi Mat Piah pula mengesyorkan agar Dewan Pemuda menubuhkan satu kumpulan penyelidikan bagi mengkaji setiap kenyataan yang dibuat pimpinan parti.

Beliau berkata, pasukan penyelidikan itu perlu mengkaji setiap kenyataan yang dikeluarkan terutama oleh presiden parti agar ia tidak disalahertikan oleh anggota di peringkat akar umbi.

Beliau mengambil contoh apabila Abdul Hadi sebelum ini menyuarakan sokongan terhadap Datuk Seri Najib Razak untuk Perdana Menteri itu kekal dengan jawatannya dan kenyataan itu dikatakan telah disalah erti oleh segelintir anggota parti itu.

"Kita nak Dewan Pemuda bersama presiden. Setiap tindakan yang dilakukan, Dewan Pemuda PAS perlu bersama, bukan berada di belakang, tapi bersama," katanya.

– BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Perwakilan tempelak pemimpin Pemuda PAS tidak pertahan presiden"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info