Selepas Dimaki Diva Azwan Ali, Seorang Wanita Dapat Makan Percuma Di Restoran Me'nate

 

 

Siakap Keli News

Selepas Dimaki Diva Azwan Ali, Seorang Wanita Dapat Makan Percuma Di Restoran Me'nate
6/28/2015 8:53:00 PM

Selepas dikeji diva Azwan Ali kerana mencadangkan Restoran Me'nate selepas artis itu meminta pendapat peminatnya tempat yang bagus untuk menikmati stik, seorang wanita diberi ganjaran untuk berbuka puasa secara percuma di restoran berkenaan.

Perang mulut antara Azwan dan wanita tersebut berlaku beberapa hari lalu.

Nur Azira, yang menggunakan @NurAziraWA di Twitternya membalas 'Menate' selepas Azwan memuatnaik satu twit cadangan tempat makan.
Bagaimanapun twit Nur Azira disalahtafsir Azwan yang mungkin menganggap wanita itu memanggilnya 'binatang' berdasarkan loghat Kelantan.
Tidak semena-mena Nur Azira dimaki dan digelar 'Sundal' dan 'Neraka'.
Nur Azira segera memperbetulkan tanggapan Azwan dengan menerangkan maksud twitnya adalah Restoran Me'nate, namun artis itu kemudiannya menukar status akaun Twitter, dan lebih menarik turut mengubah laman sosial itu kepada 'private'.
Gara-gara dimaki itu jugalah Nur Azira dan keluarganya dijemput oleh Restoran Me'nate untuk berbuka di sana menikmati hidangan stik secara percuma. 
Untuk pengetahuan restoran yang terkenal dengan hidangan stik itu boleh mencecah harga hidangannya sehingga RM1,000 - RM2,000 kerana menggunakan daging lembu Wagyu dari Jepun.
Siapa sangka di sebaliknya terselit rezeki yang tidak diduga. -Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Selepas Dimaki Diva Azwan Ali, Seorang Wanita Dapat Makan Percuma Di Restoran Me'nate"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info