Saluran GOASEAN promosi pelancongan intra-rantau – PM

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Saluran GOASEAN promosi pelancongan intra-rantau – PM
6/2/2015 8:56:44 AM

Saluran GOASEAN promosi pelancongan intra-rantau – PM

PERDANA menteri Datuk Seri Najib Razak menerima plak pelancaran daripada hos rancangan GOASEAN, Jonathan Putra pada Majlis Pelancaran Saluran GOASEAN di Bukit Jalil hari ini. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Dr Ong Hong Peng (kiri) dan Pengerusi Astro Malaysia Holdings Bhd, Tun Zaki Tun Azmi (dua kiri). – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri hari ini melancarkan siaran televisyen baharu GOASEAN yang khusus untuk mempromosikan sektor pelancongan di 10 negara anggota ASEAN.

Datuk Seri Najib Razak berkata, siaran berkenaan yang disiarkan menerusi saluran 737 Astro, berupaya melonjakkan ASEAN sebagai model destinasi pelancongan dengan mengetengahkan pelbagai khazanah yang masih belum diteroka.

"Saluran ini dijangka meningkatkan pertumbuhan industri pelancongan, mempromosi kembara sesama anggota ASEAN dan meningkatkan rasa kekitaan terhadap persamaan yang dimiliki rantau ini.

"GOASEAN menyediakan tips berguna kepada pengembara, panduan mengunjungi warisan sejarah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), lokasi `kopi yang patut dicuba' serta tumpuan lokasi `48 jam' di Kuala Lumpur," katanya berucap pada majlis pelancaran itu, di sini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Dr Ong Hong Peng dan Pengerusi Astro Malaysia Holdings Bhd, Tun Zaki Azmi.

Penubuhan saluran baharu itu adalah idea Najib untuk memperingati Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN.

Perdana Menteri berkata, dengan ASEAN dijangka menjana keluaran dalam negara kasar (KDNK) AS$3 trilion (RM11.09 trilion) menjelang 2017, terdapat peluang sebenar untuk merangsang industri pengembaraan dan mempromosi pelancongan intra-rantau.

"Dianggarkan golongan pertengahan rakyat ASEAN mencecah 400 juta pada tahun 2020, lebih daripada jumlah rakyat Brazil, Perancis, Jerman, United Kingdom dan Amerika Syarikat, jika digabungkan.

"Mengikut kaji selidik, 44 peratus pengguna akan membelanjakan wang mereka untuk bercuti. Justeru itu, ini adalah peluang terbaik untuk kita untuk berkongsi maklumat pelancongan di rantau ini," katanya.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Saluran GOASEAN promosi pelancongan intra-rantau – PM"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info