Mohamad Sabu Yakin PAS Kekal Dalam Pakatan

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Mohamad Sabu Yakin PAS Kekal Dalam Pakatan
6/2/2015 8:47:27 AM

SHAH ALAM – Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menyuarakan keyakinan parti Islam itu akan terus kekal dalam Pakatan Rakyat (PR) dan meneruskan 'tahaluf siyasi' (kerjasama politik) dengan sekutunya dalam PR, DAP dan PKR.

Di sebalik menerima pelbagai kritikan keras terutama dari DAP berhubung undang-undang hudud di Kelantan, Mohamad berkata setakat ini PAS tidak membuat sebarang keputusan untuk meninggalkan pakatan itu.

"Setakat ini, tak adalah keputusan kami nak keluar atau meninggalkan Pakatan Rakyat," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Pemuda PAS kali ke-56 di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai ucapan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat semasa majlis itu yang menegaskan bahawa Pemuda PAS mahu parti itu kekal dalam PR dan meneruskan kerjasama politik dengan DAP dan PKR.

Mohamad berkata, beliau turut berkeyakinan Dewan Pemuda PAS yang mula bersidang hari ini dan Dewan Muslimat PAS yang akan berlangsung esok akan menyatakan pendirian yang serupa dengannya dalam muktamar masing-masing.

Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, PAS masih memerlukan kerjasama dengan DAP dan PKR terutama untuk memenangani kerusi dalam pilihan raya.

Mengambil contoh kegagalan PAS menguasai Terengganu pada 1999, beliau berkata perkara itu mungkin tidak akan berlaku sekiranya PAS ada kerjasama politik bersama Barisan Alternatif yang terdiri daripada parti-parti pembangkang pada masa itu.

Mengulas mengenai ketidakhadiran wakil DAP pada majlis perasmian Muktamar Pemuda PAS hari ini, Mohamad menganggap mungkin pemimpin parti itu ada urusan lain.

"Mereka ada hallah tu," katanya ringkas.

Muktamar Pemuda PAS petang ini hanya dihadiri wakil PKR iaitu Ketua Pemudanya, Nik Nazmi Nik Ahmad, sementara Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong atau wakil dari parti itu tidak kelihatan.

Dalam laporan berita sebuah portal hari ini, Setiausaha Pengelola Kebangsaan DAP, Anthony Loke mengesahkan bahawa parti itu tidak akan menghadiri Muktamar Tahunan PAS kali ini, termasuk sidang Muktamar Dewan Pemuda parti itu yang berlangsung hari ini dan esok.

Hubungan tegang kedua-dua parti dikatakan bermula selepas PAS membentangkan undang-undang hudud di Kelantan yang mendapat tentangan dan kritikan keras DAP.

Muktamar Tahunan PAS yang akan berlangsung di Kuala Selangor bermula Khamis hingga Sabtu ini, dijangka akan menentukan pendirian PAS sama ada untuk terus kekal dalam Pakatan Rakyat. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Mohamad Sabu Yakin PAS Kekal Dalam Pakatan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info