MYNEWSHUB |
Berita Online Terhangat Malaysia |
Polis Kenal Pasti 'Yassin' Disyaki Terlibat Kes Di Wang Kelian
6/2/2015 9:03:28 AM
KUALA LUMPUR – Pihak polis telah mengenal pasti individu bernama 'Yassin' yang disyaki merupakan ejen sindiket pemerdagangan manusia di kawasan hutan Wang Kelian, Perlis, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata siasatan sedang dijalankan bagi mencari kesemua suspek yang dipercayai terlibat dan tindakan lanjut akan diambil bagi membanteras sindiket sedemikian.
"Untuk makluman semua, di kalangan orang Rohingya, nama Yassin adalah nama biasa, macam Aung (untuk) bukan Muslim, yang Muslim ialah Yassin.
"Jadi kita tahu siapa dia (Yassin), biarlah kita jalankan siasatan kita dan mengambil tindakan lanjut," kepada pemberita selepas menghadiri majlis Pemakaian Pangkat Pegawai-Pegawai Kanan Polis dan Terima Tugas Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) serta Pengerusi Perkep JIPS di sini, hari ini.
Khalid diminta mengulas dakwaan Timbalan Pengerusi Rohingya Society in Malaysia (RSM) Kedah, Yusof Ali baru-baru ini bahawa kem-kem transit yang ditemui pihak berkuasa Malaysia di kawasan hutan Wang Kelian dipercayai diguna untuk menempatkan mangsa-mangsa jenayah pemerdagangan manusia yang 'dibeli' oleh ejen besar sindiket itu yang dikenali dengan nama 'Yassin'.
Tegasnya, polis juga tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana ejen, badan mahupun penguat kuasa yang didapati terlibat dalam kes berkenaan.
Pada majlis itu, Datuk Jamshah Mustapha dan Datuk Noriah Hashim menerima pemakaian pangkat dan masing-masing memegang jawatan sebagai pengarah JIPS dan pengerusi PERKEP JIPS. – BERNAMA
Komen
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Polis Kenal Pasti ‘Yassin’ Disyaki Terlibat Kes Di Wang Kelian"