Remaja cedera dikerkah beruk

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Remaja cedera dikerkah beruk
6/4/2015 8:16:05 AM

Remaja cedera dikerkah beruk

MUHAMAD Redzuan, menunjukkan gambar beruk yang menyerangnya dan adiknya Siti Nor Bahiyah, sehingga mengalami kecederaan pada tangan di Kampung Batin, Mergong. – Foto BERNAMA

ALOR SETAR: "Tiba-tiba seekor beruk keluar dari kawasan semak dan terus terkam serta menggigit jari kaki saya. Saya terpaksa bergelut dengan beruk itu selama dua minit sambil meronta-ronta dan menjerit meminta tolong.

"Ketika itu apa saya ingat hanyalah saya akan mati. Tapi mujur ada orang datang tolong saya," kata Muhamad Redzuan Saidon, 13, yang menjadi mangsa serangan beruk di Kampung Batin, Mergong dekat sini semalam.

Dia diselamatkan orang yang kebetulan melalui kawasan itu yang membaling batu kepada haiwan itu dan menyebabkannya melarikan diri.

Ketika kejadian 3.15 petang itu, Muhamad Redzuan sedang menghantar adiknya Siti Nor Bahiyah, 8, untuk mengaji al-Quran di Kampung Batin yang terletak berdekatan kampung mereka iaitu Kampung Hutan Bentut.

Ibu mangsa, Rosliza Jaafar, 42, yang sungguh sedih dengan kejadian itu berkata dia sedang makan tengah hari apabila anaknya Siti Nor Bahiyah tiba-tiba pulang ke rumah dalam keadaan menangis dan memberitahu abangnya diserang beruk.

"Selepas diberitahu apa yang berlaku, saya terus bergegas ke tempat kejadian dan kemudiannya membawa Muhamad Redzuan ke klinik. Saya juga membuat laporan polis mengenai kejadian itu," katanya.

Muhamad Redzuan kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk menerima rawatan lanjut.

Beruk itu sudah ditangkap pihak Jabatan Pertahanan Awam.

– BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Remaja cedera dikerkah beruk"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info