Celcom Axiata perkenal Magic SIM mampu milik

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Celcom Axiata perkenal Magic SIM mampu milik
6/4/2015 7:55:14 AM

Celcom Axiata perkenal Magic SIM mampu milik

ZALMAN Aefendy (tengah) pada pelancaran kad SIM edisi terhad, Magic SIM di Intercontinental, Kuala Lumpur. – Foto Muhd Zaaba Zakeria

KUALA LUMPUR: Xpax, jenama prabayar utama Celcom Axiata Bhd melancarkan kad SIM edisi terhad terbaharunya, Magic SIM yang menawarkan lebih banyak internet percuma kepada pelanggannya.

Kad SIM itu yang dijual pada harga RM5, menawarkan pakej menarik iaitu internet asas percuma dengan mesej tanpa had bagi aplikasi sosial seperti Whatsapp, WeChat dan LINE.

Lebih menarik, Magic SIM juga menawarkan internet berkelajuan tinggi berkapasiti 200 megabait (MB) percuma untuk melayari Facebook, YouTube dan Instagram serta panggilan dan SMS percuma (20 minit/SMS) ke rangkaian Celcom.

Ketua Pemasaran dan Jualan Celcom Axiata, Zalman Aefendy Zainal Abidin, berkata ada banyak pakej menarik yang ditawarkan menerusi MAGIC SIM termasuk internet berkelajuan tinggi hingga 300MB dan 30 panggilan atau SMS setiap kali tambah nilai.

Katanya, Magic SIM juga menawarkan internet berkelajuan tinggi 1.8 gigabait (GB) dan panggilan percuma dan SMS (150 minit atau 150 SMS) pada harga hanya RM1 sehari, internet 4G sehingga 75 mbps, baki kapasiti internet di bawa ke depan, panggilan ke semua rangkaian pada kadar 12 sen seminit serta kadar IDD ke Indonesia serendah 7 sen.

"Ia memang Magic untuk pelanggan kami dengan tawaran terhebat di pasaran, malah sangat mampu milik dengan pelbagai manfaat yang membuatkan pelanggan sentiasa berhubung menerusi internet," katanya selepas pelancaran MAGIC SIM di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengurusan Jenama Akses Pemasaran Celcom Axiata, Bernard Ho Swee Keong dan Pengurus Jenama Xpax, Alvin Tan.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Celcom Axiata perkenal Magic SIM mampu milik"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info