Henti sebar berita pesawat terhempas di Gua Musang – polis

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Henti sebar berita pesawat terhempas di Gua Musang – polis
6/4/2015 8:25:53 AM

Henti sebar berita pesawat terhempas di Gua Musang – polis

KOTA BAHARU: Polis Kelantan minta orang ramai menghentikan penyebaran berita berhubung pesawat terhempas di kawasan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh, Gua Musang keranasudah disahkan insiden itu tidak berlaku.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata penyebaran berita itu berkemungkinan mempunyai kaitan dengan latihan penerbangan yang dilakukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di kawasan terbabit.

KETUA Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim. – Foto Owee Ah Chun.

"Kami sudah semak dengan semua pihak termasuk pusat kawalan penerbangan, balai polis daerah dan TUDM, memang tiada sebarang kehilangan pesawat berlaku.

"Namun dalam masa yang sama TUDM memaklumkan bahawa mereka ada membuat latihan penerbangan di kawasan berkenaan," katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Karnival Bersama Mencegah Jenayah di Pusat Transformasi Luar Bandar (TRC) Tunjong di sini, hari ini.

Beliau berkata berkemungkinan pemberi maklumat membuat laporan berdasarkan bunyi pesawat yang terbang rendah itu yang disangkakan terhempas.

"Kita percaya pemberi maklumat itu ternampak pesawat itu yang terbang rendah. Mungkin dia dengar bunyi dan nampak jatuh sebab (pesawat) terbang rendah, tetapi memang tiada. Jadi kita minta hentikan penyebaran viral berkenaan," katanya. – BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Henti sebar berita pesawat terhempas di Gua Musang – polis"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info